Cuti-Cuti Utara ( Lenggong- Taiping-Kuala Sepetang)
26/10/2008
Taiping-Kuala Sepetang.
Sekumpulan anak-anak muda dari Shah Alam pergi memasuki atau menakluki celahan -celahan hulu negeri Perak.
Mereka ke Taiping untuk cuba mengadaptasi betapa otainya tempat itu. Lebih masyuk dikenali sebagai Bandar Warisan.
Di tengahari yang terik hampir ke petang, kalian atau mereka pergi menikmati cendol yang cukup terkenal di Taiping iaitu Ansari Famous Cendol (AFC).Setelah menghirup cebisan-cebisan hijau cendol, lalu mereka pergi mengabdikan kenangan di War Cemetry Taiping. Lantas setelah selesai bermain-main dikubur, mereka menjengah ke taman tasik Taiping dimana rakaman klip video "Seiring Sejalan" pernah ditembak (shooting)disitu. Masing-masing bergambar sekitar tasik sambil memanjat pokok-pokok persekitaran yang hidup beratus tahun lamanya seperti kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Waspada.....
Setelah penat berposing seperti kera, mereka pergi ke Kuala Sepetang lalu singgah ke Warong Mak Teh bagi menikmati Mee Banjir Udang yakni harganya sekitar RM6 ke RM 10. Udang-udang yg ditabur bagaikan pepasir di pantai iaitu udang laut yg dijangkakan lebih kurang 13 hingga 16 ekor semangkuk.